PENDAFTARAN

Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 14

Minggu ini ialah minggu terakhir kelas bersama En. Amran. Pada minggu ini, saya telah mendapat maklumat baru tentang Tarian Singa. En. Amran telah menunjukkan video Tarian Singa dan memberi tips dan penekanan tentang tajuk yang harus dibaca untuk final exam.

Teknik pengajaran En Amran membuka minda pelajar tentang blog dan cara untuk berkomunikasi dengan lebih mudah. Selain itu, Jurnal Refleksi sedikit sebanyak membantu saya untuk membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari. Kemudahan teknologi harus digunakan dan saya berpendapat kos ini telah mengguna pakai teknologi yang ada. Pada mulanya saya tidak menyangka bahawa kos ini membabitkan penulisan blog dan jurnal refleksi. Kini saya sudah mendapat gambaran bahawa blog merupakan salah satu tempat perkongsian ilmu dan harus dimanfaatkan.

Saya berterima kasih kepada En. Amran keran telah membuka minda pelajar SMP2252 dan memberi ilmu kepada kami.
Teruskan Membaca...

Jurnal Refleksi : Minggu 12

Pembentangan yang pada minggu ke12 ini ialah pembentangan tentang Opera Cina dan Po Te Hi serta Muzik Tradisional Sabah Sarawak.

Kumpulan Opera Cina dan Po Te Hi telah diberi peluang sekali lagi untuk membentangkan tajuk mereka kerana pembentangan awal kekurangan bahan dan tidak bersedia. Kumpulan ini telah melakukan kajian lapangan di ASWARA. Ini membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan maklumat yang ingin disampaikan jelas walaupun pada awalnya kelihatan agak gugup. Menariknya tentang opera cina ini ialah mekap dan koxtumnya yang memberi makna yang tersendiri.

Kumpulan kedua iaitu kumpulan saya telah membentangkan tajuk Muzik Sabah Sarawak. Pembentangan dijalankan dengan masa yang agak singkat namun segala yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan jelas. Muzik Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan. Contohnya seperti alat sompoton dan engekerurai kelihatan seperti sama.
Teruskan Membaca...

Jurnal Refleksi : Minggu 11

Pada minggu ini, Encik Amran telah memberi peluang kepada kumpulan Ghazal.

Pada pandangan saya, maklumat Ghazal yang diberi pada kali ini dapat disampaikan dan kumpulan ini kelihatan lebih berkeyakinan berbanding dgn pembentangan yang sebelum ini. Maklumat yang disampaikan jelas terutama paada ghazal parti kerana rata-rata maasyarakat kurang mengenali ghazal parti. Perbezaan yang diberi mengenai ghazal parti dan ghazal johor juga dapat dibezakan. Uniknya muzik ghazal parti ialah ia nya mempunyai jenaka ketika muzik dimainkan dan terdapat penari yang berpakaian ala-ala Arab. Pembentangan kumpulan ini mengambil masa yang agak lama memandangkan ada rombongan sekolah dari Melaka datang dan guru yang mengiringi juga turut memberi komen dan bertanya selepas pembentangan dilakukan.
Teruskan Membaca...

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Pada minggu ini, dua kumpulan telah membentangkan kerja mereka. Kumpulan pertama telah membentangkan tajuk Muzik Klasikal India manakala Kumpulan kedua membentangkan tajuk Muzik Orang Asli.

Bagi saya, pembentangan kumpulan ini cukup menarik kerana kumpulan ini telah membuat kajian lapangan di kuil di Batu Caves. Saya melihat kumpulan berjaya memberi maklumat dan maklumat yang disampaikan jelas. Antara alat-alat muzik india yang dibincangkan ialah seperti sitar dan tabla. Alat-alat muzik yang lain seperti sarangi,tadod,rabab,shenai dan lain-lain adalah sangat kurang diperlihatkan dan kurang popular.

Kumpulan kedua membentangkan tentang muzik orang asli. Saya melihat kumpulan kedua ini sukar untuk mendapatkan maklumat memandangkan sumber tentang muzik orang asli tidak banyak. Melalui kajian lapangan mereka, mereka dapat menambahkan pengetahuan. Mereka telah mengadakan kajian lapangan di muzium. Setelah daripada pembentangan, saya mendapat informasi bahawa orang asli juga tidak ketinggalan didalam bidang muzik.
Teruskan Membaca...

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Pada minggu ini, dua kumpulan telah membentangkan tajuk Ghazal dan Opera Cina dan Po Te Hi.

Kumpulan pertama membentangkan tajuk ghazal. Gahzal berasal dari timur tengah. Sebenarnya ghazal terbahagi kepada kepada dua iaitu Ghazal Johor yang sering didengari manakala satu lagi ialah Ghazal Parti. Ghazal Johor dimainkan oleh orang Johor manakala Ghazal Parti pula dimainkan di Utara tanah air. Ghazal ini mempunyai perbezaan dan keunikan yang tersendiri.

Kumpulan kedua pula telah membentangkan tentang Opera Cina dan Po Te Hi. Opera Cina merupakan persembahan seperti teater atau lebih dikenali sebagai 'dialog berirama'. Saya mendapati bahawa kumpulan ini tidak bersedia untuk membentangkan tajuk mereka kerana konteks yang ingin disampaikan tidak jelas.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 29, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Salam sejahtera. Pada minggu ini pembentangan telah bermula. Dua kumpulan telah membentangkan tajuk Sejarah Muzik Tradisional di Malaysia dan Zikir.

Sejarah Muzik Tradisional Malaysia

Kumpulan pertama membentangkan tentang Sejarah muzik tradisional di Malaysia. Sesetengah pendapat percaya bahawa alat muzik yang pertama ditemui ialah alat tiup seruling yang digunakan oleh orang-orang primitive Homo Saphiens, dihasilkan dengan tulang binatang. Ianya berkembang di lembah Mesapotamia dan digunakan didalam upacara keagamaan.Di mesir, alat muzik tiupan (serunai) yang telah sempurna dari segi pembuatannya digunakan untuk menghiburkan raja di istana. Pengaruh dari India, China dan timur tengah datangnya daripada kegiatan perdagangan yang bermula sejak abad pertama masihi. Proses Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula sejak abad ke 7 masihi. Islam memasukkan unsur-unsur Islam dalam persembahan,contohnya ayat-ayat suci sebelum memulakan persembahan. Memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian yang memuji Allah, nabi dan para sahabatnya contohnya Hadrah, Rodat, dabus dan dikir rebana. Alat muzik pula ialah Nekara, marua, gedombak, kompang dan rebana. Antara alat muzik yang dibawa oleh pedagang China, India dan Arab adalah dari keluarga kordofon seperti rebab, gambus, sitar. Manakala aerofon pula ialah serunai, dan seruling. Alat muzik membranofon pula ialah kompang dan alat muzik idiofon pula ialah gong.Seni persembahan yang dibawa dari luar adalah seperti wayang kulit dari Indonesia,hadrah,ghazal dan darbus dari arab, nobat yang dibawa masuk dari pasai dan bangsawan dari India. Apabila tanah melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, banyak seni persembahan yang dibawa masuk seperti portugis membawa masuk tarian, biola,gitar dan lain-lain lagi.

Zikir

Kumpulan Kedua pula membentangkan tajuk zikir. Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t.bila mana dan dimana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir qalbi dan zikir lisani. Terdapat beberapa abad untuk berzikir seperti memperlahankan suara, menumpukan ingatan kepada Allah serta menjiwai apa yang dibaca dan diucapkan dengan kalimah yang betul sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan Allah di dalam Al-Quran.Zikir dijadikan amalan dan panduan hidup umat islam. Kini, zikir digunakan dalam acara-acara tertentu seperti dalam majlis tahlil, majlis khatam quran dan majlis rasmi yang lain.Zikir mempunyai perbezaan dengan selawat dan berzanji. Zikir merupakan kata yang mengagungkan Allah S.W.T., berzanji merupakan syair yang dideklemasikan untuk Nabi Muhammad S.A.W.,syair tersebut berbentuk puji-pujian. Selawat merupakan puji-pujian ke atas nabi dan rasul dan tidak terhad kepada Rasulullah sahaja. Zikir merupakan muzik vokal yang melibatkan aspek kehidupan masyarakat daripada proses kelahiran anak sehingga proses pengebumian.
Teruskan Membaca...
 

Blog Kump A

Blog Kump B

Blog Kump C

Nor Atiqah Md.Noor SMP2252 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template