PENDAFTARAN

Sunday, August 29, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Salam sejahtera. Pada minggu ini pembentangan telah bermula. Dua kumpulan telah membentangkan tajuk Sejarah Muzik Tradisional di Malaysia dan Zikir.

Sejarah Muzik Tradisional Malaysia

Kumpulan pertama membentangkan tentang Sejarah muzik tradisional di Malaysia. Sesetengah pendapat percaya bahawa alat muzik yang pertama ditemui ialah alat tiup seruling yang digunakan oleh orang-orang primitive Homo Saphiens, dihasilkan dengan tulang binatang. Ianya berkembang di lembah Mesapotamia dan digunakan didalam upacara keagamaan.Di mesir, alat muzik tiupan (serunai) yang telah sempurna dari segi pembuatannya digunakan untuk menghiburkan raja di istana. Pengaruh dari India, China dan timur tengah datangnya daripada kegiatan perdagangan yang bermula sejak abad pertama masihi. Proses Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula sejak abad ke 7 masihi. Islam memasukkan unsur-unsur Islam dalam persembahan,contohnya ayat-ayat suci sebelum memulakan persembahan. Memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian yang memuji Allah, nabi dan para sahabatnya contohnya Hadrah, Rodat, dabus dan dikir rebana. Alat muzik pula ialah Nekara, marua, gedombak, kompang dan rebana. Antara alat muzik yang dibawa oleh pedagang China, India dan Arab adalah dari keluarga kordofon seperti rebab, gambus, sitar. Manakala aerofon pula ialah serunai, dan seruling. Alat muzik membranofon pula ialah kompang dan alat muzik idiofon pula ialah gong.Seni persembahan yang dibawa dari luar adalah seperti wayang kulit dari Indonesia,hadrah,ghazal dan darbus dari arab, nobat yang dibawa masuk dari pasai dan bangsawan dari India. Apabila tanah melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, banyak seni persembahan yang dibawa masuk seperti portugis membawa masuk tarian, biola,gitar dan lain-lain lagi.

Zikir

Kumpulan Kedua pula membentangkan tajuk zikir. Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t.bila mana dan dimana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir qalbi dan zikir lisani. Terdapat beberapa abad untuk berzikir seperti memperlahankan suara, menumpukan ingatan kepada Allah serta menjiwai apa yang dibaca dan diucapkan dengan kalimah yang betul sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan Allah di dalam Al-Quran.Zikir dijadikan amalan dan panduan hidup umat islam. Kini, zikir digunakan dalam acara-acara tertentu seperti dalam majlis tahlil, majlis khatam quran dan majlis rasmi yang lain.Zikir mempunyai perbezaan dengan selawat dan berzanji. Zikir merupakan kata yang mengagungkan Allah S.W.T., berzanji merupakan syair yang dideklemasikan untuk Nabi Muhammad S.A.W.,syair tersebut berbentuk puji-pujian. Selawat merupakan puji-pujian ke atas nabi dan rasul dan tidak terhad kepada Rasulullah sahaja. Zikir merupakan muzik vokal yang melibatkan aspek kehidupan masyarakat daripada proses kelahiran anak sehingga proses pengebumian.
Teruskan Membaca...
 

Blog Kump A

Blog Kump B

Blog Kump C

Nor Atiqah Md.Noor SMP2252 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template